• Wartawan Nabalu News

Kenyataan PAS kaitkan K-Drama antara punca remaja bunuh diri, dikecam netizen


15 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ramai netizen termasuk Ahli Parlimen membidas kenyataan seorang senator PAS yang mendakwa drama Korean (K-drama) adalah salah satu faktor bunuh diri dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja di negara ini.


K-drama atau drama Korea bukan perkara baharu di Malaysia dan telah menjadi hiburan popular di kalangan masyarakat di negera ini.


Dalam satu sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara semalam, Senator Mohd Apandi Mohamad telah membangkitkan isu tersebut dan pendapat beliau disokong oleh Senator Fadhlina Sidek dimana ada drama Korea yang mengandungi elemen bunuh diri.


Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang perhatian para netizen yang kebanyakannya mengecam dan mengkritik Senator PAS dan meminta bukti serts data bagi menyokong dakwaannya itu.


Dalam satu ciapan seorang pengguna Twitter “Ada statistik? Takkan bentang kat parlimen tiada statistik? Pengaruh drama ini mungkin juga benar tetapi beliau bercakap seolah-olah drama Korea ini 90 peratus menjadi faktor bunuh diri dalam kalangan remaja.


“Sekurang-kurangnya tolong lah ambil kisah tentang remaja kita yang menghadapi masalah kesihatan mental dan bukanya salahkan K-Drama,” kata seorang pengguna Twitter.


“Sejujurnya, kadang-kadang saya mempersoalkan bagaimana sebilangan ahli politik ini menjadi jurucakap rakyat. Saya tidak tahu bagaimana anda mempunyai keberanian untuk mengatakan sesuatu yang jelas bodoh dan secara statistiknya tidak benar,” kata seorang lagi pengguna Twitter.


Manakala seorang netizen berkata bunuh diri ini berlaku akibat kehilangan pekerjaan, masalah keluarga dan hutang, bukannya akibat drama korea.


“Bila fikir balik, mereka ni memang tak faham derita rakyat marhaen ke sampai ingat orang bunuh diri sebab cerita Korea? Orang hilang kerja, bantuan sikit, nak naikkan bendera putih kena halang, hutang bertimbun, keluarga berantakkan.. mereka tak sedar ka ini derita rakyat?,” katanya dalam ciapan Twitternya.


Mengulas kenyataan Apandi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata ini adalah kali pertama dia mendengar orang menyalahkan drama Korea dalam isu bunuh