Kenyataan Sokongan Terbuka
- nabalunews
- 4 hours ago
- 2 min read

10 November 2025
Sejak tahun 2022 hingga 2025, saya mengikuti rapat perjalanan dan perjuangan YB Datuk Ewon Benedick, seorang pemimpin yang bukan sekadar bercakap, tetapi membuktikan dengan tindakan.
.
Beliau bukan hanya Menteri KUSKOP, beliau adalah satu-satunya pemimpin nasional dan anak Sabah yang benar-benar memahami potensi sebenar projek sosial DATAPPK dan perjuangan kami di lapangan. Beliaulah yang membuka jalan, memberi ruang, dan berdiri teguh bersama kami ketika tiada siapa yang datang menjenguk.
.
Saya menyaksikan sendiri bagaimana beliau bekerja yang mana beliau sangat kerja kuat, tak mudah mengalah, tahan tukul, tahan telinga, dan tetap maju walau diasak dari setiap penjuru. Prinsipnya jelas: buat sampai jadi, jangan berhenti sebelum nampak hasil.
.
Beliau membawa gaya kepimpinan yang jarang kita temui, kepimpinan yang strategik, berpandangan jauh, berjiwa rakyat, dan penuh semangat diplomasi. Beliau turun padang, mendengar sendiri suara peniaga kecil, penjaja, dan usahawan desa.
.
Saya secara peribadi merasa sedih dan besar hati apabila beliau memilih untuk melepaskan jawatan Menteri KUSKOP, namun saya juga melihat keputusan ini bukan kelemahan, tetapi keberanian berprinsip. Keputusan itu menghantar mesej lantang bahawa Hak Sabah tidak boleh dinafikan, dan pemimpin sejati sanggup berkorban kedudukan demi kebenaran.
.
Antara legasi besar beliau di KUSKOP termasuklah:
a. Dasar Pandang ke Timur (Sabah & Sarawak) untuk memperkukuh keusahawanan dan koperasi luar bandar,
b. Pembangunan tamu-tamu desa dan program pemerkasaan penjaja peniaga kecil,
c. Pembukaan mesin ATM di kawasan pedalaman agar rakyat luar bandar tidak terpinggir,
d. Serta pelbagai inisiatif besar melalui agensi-agensi di bawah KUSKOP yang akhirnya memberi manfaat terus kepada rakyat Sabah.
.
Kini, apabila beliau memilih untuk berdiri di sisi rakyat Sabah dalam memperjuangkan hak 40% Sabah, saya melihat keberanian yang tulen, bukan dari seorang ahli politik, tetapi seorang pejuang sebenar.
.
Atas dasar itu, saya dengan penuh iltizam dan semangat perjuangan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Ewon Benedick, dan dengan rendah hati bersedia berdiri di bawah bendera UPKO sebagai tanda kesetiaan dan perjuangan bersama Beliau untuk rakyat Sabah.
.
Keputusan ini saya buat bukan kerana politik, tetapi kerana prinsip dan keikhlasan perjuangan beliau kepada Sabah tercinta.
.
Kita akan terus berjuang, bersuara dan berkhidmat demi rakyat, kali ini dengan tekad yang lebih besar, demi maruah dan masa depan Sabah.
.
InsyaAllah, usaha yang ikhlas pasti berjaya.
ACHMAD NOORASYRUL BIN NOORTAIP @ DS Chazy


















Comments