Kenyataan Zuraidah ‘Orang utan bunuh manusia’ dikecam teruk
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kenyataan Zuraidah ‘Orang utan bunuh manusia’ dikecam teruk


Zuraidah di dalam video tular semasa bercakap di Majlis Minyak Sawit Malaysia 2022. Ihsan foto - kiniTV

20 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin dikecam teruk warga netizen setelah beliau mengeluarkan kenyataan bahawa orang utan lebih berkemungkinan untuk membunuh manusia berbanding sebaliknya.


Terdahulu, tular satu video di mana Zuraidah dalam satu dilalog Majlis Minyak Sawit Malaysia 2022 mendakwa masih terdapat banyak orang utan di negara ini.


Beliau berkata demikian dalam menolak tanggapan bahawa orang utan makin pupus di negara ini akibat penanaman kelapa sawit.


"Di Malaysia, jika kita jumpa orang utan, orang utan itu akan bunuh kita dulu, bukan kita bunuh orang utan itu, betul tak?" katanya menerusi satu video yang tular di media sosial.


Selain itu, kenyataan beliau bahawa singa wujud di negara ini dalam video yang sama juga dikritik hebat para netizen.


“Perhilitan ada polisi, anda fikir mereka (Perhilitan) dengan mudah akan bunuh orang utan? Begitu juga dengan singa dan harimau. Mereka tidak bunuh haiwan-haiwan ini. Mereka perlu ada prosedur tertentu menguruskannya,” kata Zuraidah dalam video yang sama.


Bagi menjawab kenyataan menteri itu, seorang netizen di Twitter berkata: “Saya tertanya-tanya, adakah negara kita mempunyai singa di hutan? Macam bukan habitat dia kan, atau saya seorang sahaja yang tidak tahu”.


Sementara itu, seorang pengguna Twitter juga menyeru Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk segera perbetulkan kenyataan Zuraidah yang menyatakan orang utan membunuh manusia.


“Bagaimana seorang menteri boleh menyebarkan perkara yang tidak benar? Adakah dia tidak tahu usaha Malaysia untuk menyelamatkan populasi orang utan? Beliau sendiri menjadikan mereka (orang utan) semakin terancam,” ciapnya.


Seorang lagi netizen berkata: “Saya bingung, memang ada kes orang hutan bunuh manusia di Malaysia? Aku tengok pembalakan yang musnahkan tempat tinggal orang hutan ada la”.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page