top of page

Keputusan kemasukan ke universiti awam lepasan STPM, setaraf diumum Jumaat ini

  • nabalunews
  • 16 hours ago
  • 1 min read

ree

3 September 2025


PUTRAJAYA: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf akan diumumkan Jumaat ini.


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan keputusan boleh disemak bermula jam 12 tengah hari, 5 September hingga 5 petang, 14 September ini.


Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://upu.mohe.gov.my, atau Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.


“Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 6 hingga 14 September 2025 di laman web UA masing-masing.


“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 6 September 2025 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.


KPT turut memaklumkan, hanya pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bermula jam 12 tengah hari, 5 September, hingga tarikh akhir semakan.


Jelas kementerian itu, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian serta UA tidak dibenarkan.


“Pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page