Kerajaan digesa pertimbang semula penamatan kontrak atlet Kerajaan digesa pertimbang semula penamatan kontrak atlet
top of page
  • Farah Salim

Kerajaan digesa pertimbang semula penamatan kontrak atlet


5 Jan 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan 144 atlet ekoran kekurangan dana menjejaskan pembangunan sukan negara, apatah lagi dalam usaha negara mencari atlet pelapis negara.


Sehubungan itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Chua Wei Kiat menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan itu.


Beliau berkata, isu penamatan perkhidmatan atlet-atlet tersebut daripada Program Latihan Majlis Sukan Negara (MSN) menyebabkan atlet yang telah mencipta sejarah dalam pertandingan antarabangsa seperti juara dunia sukan terjun, Cheong Jun Hoong diberhentikan.


Disebabkan itu, hanya 288 daripada 432 atlet yang berpotensi untuk memenangi pingat di Sukan SEA di Vietnam, Sukan Komanwel di Birmingham dan Sukan Asia di Hangzhou.


“Menurut MSN, hal tersebut berlaku kerana industri sukan hanya diperuntukkan RM244 juta dan program terbabit tidak diberi peruntukan dalam Bajet 2022.


"Adakah kita hanya perlu fokus kepada atlet untuk memenangi pingat sahaja, sedangkan negara perlu bersedia melahirkan atlet pelapis yang berpotensi?" kata Chua yang juga Adun Rawang dalam satu kenyataan hari ini.


Chua berkata, Kerajaan sepatutnya memberi keutamaan kepada atlet-atlet sama ada dari segi kebajikan dan pembangunan sukan terutama latihan.


“Kementerian Belia dan Sukan juga perlu bijak memperuntukan dana dan sepatutnya fokus kepada pembangunan sukan dan bukanya kepada perkara yang kurang penting.


Beliau juga meminta agar kerajaan berhenti membazir dengan melantik Duta Khas bertaraf menteri melibatkan kos jutaan ringgit yang katanya tidak berfungsi.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page