top of page

Kerajaan komited teruskan usaha mencari MH370

  • nabalunews
  • Nov 5, 2024
  • 1 min read

5 November 2024


KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tetap komited dalam mencari pesawat MH370 dan tidak pernah mengabaikan usaha tersebut.


Menurutnya, sebarang maklumat baharu yang kukuh akan diambil kira untuk mempertimbangkan operasi pencarian seterusnya.


Beliau menyatakan bahawa Kementerian Pengangkutan sedang merundingkan tawaran daripada syarikat ‘Ocean Infinity’ yang dikemukakan pada bulan Jun tahun ini untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut.


Tawaran tersebut menggunakan pendekatan ‘tiada penemuan, tiada bayaran,’ di mana kerajaan tidak perlu membayar sekiranya tiada bangkai pesawat ditemui.


“Lokasi kawasan pencarian baharu yang dicadangkan oleh syarikat ‘Ocean Infinity’ adalah berasaskan maklumat dan analisis data terkini oleh pakar-pakar serta penyelidik yang dirujuk oleh syarikat tersebut,” jelas Loke, lapor Berita RTM.


Beliau menyatakan bahawa cadangan tersebut dianggap kukuh dan boleh dipertimbangkan oleh kerajaan sebagai negara pendaftaran pesawat MH370, ketika menjawab pertanyaan Wakil Kampar, Chong Zhemin di Dewan Rakyat hari ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page