Kerajaan MADANI Terus Iltizam Bela Kebajikan Rakyat Tanpa Kira Bangsa, Agama - PM Anwar
31 Oktober 2024
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI terus komited dalam menyampaikan pelbagai bantuan kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, tanpa mengira bangsa dan agama, selaras dengan tekad kerajaan untuk memastikan kebajikan setiap rakyat kekal terbela dan tiada yang tersisih atau terpinggir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hantaran di Facebook semalam menyatakan bahawa bantuan ini turut merangkumi sumbangan kepada komuniti India, terutamanya golongan yang memerlukan sokongan.
Dalam hantaran yang sama, Anwar turut berkongsi mengenai program Setiausaha Politik beliau, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang menyantuni komuniti India di sekitar kawasan Parlimen Indera Mahkota, Kuantan.
"Dalam majlis ini, saudara Farhan telah menyampaikan baucar ‘Jom Shopping Deepavali 2024’ kepada 135 penerima bagi membawa keceriaan buat mereka sempena sambutan Deepavali tahun ini," kata Perdana Menteri.
Deepavali atau pesta cahaya akan disambut penganut Hindu esok.
Comentarios