top of page
Wartawan Nabalu News

Kerajaan Perpaduan komited sokong kebebasan bersuara media


3 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan hari ini menegaskan komitmennya dalam mendukung hak kebebasan bersuara khususnya kepada media dalam pelaporan berita selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.


Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata kerajaan berusaha untuk meningkatkan kedudukan negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RFS).


“Dapat dilihat pencapaian yang lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan hari ini, iaitu (Indeks Kebebasan Media) meningkat kepada 113 (51.55 mata) berbanding tahun sebelum pada kedudukan 119 (60.53 mata),” katanya dalam catatan di Facebook sempena Hari Kebebasan Media Sedunia.


Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan sedang meneliti Rang Undang-Undang untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia (MMM) yang telah dicadangkan sejak 2018 lagi.


Teo turut mengucapkan selamat menyambut Hari Kebebasan Media Sedunia kepada para pengamal media di negara ini yang banyak berjasa dalam menyampaikan laporan berita yang tepat, pantas dan terkini.


Beliau menyeru semua pihak untuk menghormati dan menghargai peranan media sebagai penyampai maklumat dan pendapat yang penting untuk pembinaan negara yang demokratik dan progresif.

Comments


bottom of page