Kerajaan pimpinan Mahiaddin derhaka kepada Agong - UmnoKerajaan pimpinan Mahiaddin derhaka kepada Agong - Umno
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kerajaan pimpinan Mahiaddin derhaka kepada Agong - Umno



29 Julai 2021

Oleh Marryan Razan


KUALA LUMPUR: UMNO amat kesal dengan tindakan Kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yasin yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan di Parlimen seiring dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutan.


Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih mendukacitakan apabila Tuanku sendiri mendedahkan bahawa pembatalan Ordinan-ordinan Darurat sebagaimana yang diumumkan Menteri Undang-Undang pada Isnin lalu di Parlimen amat mengelirukan kerana hakikatnya belum lagi mendapat perkenan Baginda.


“Tindakan ini jelas merupakan satu bentuk penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong, bahkan membelakangi prinsip Perlembagaan Persekutuan.


”Sehubungan dengan itu, UMNO akan meminta Tan Sri Mahiaddin Yasin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk meletakkan jawatan secara terhormat,” kata kenyataan itu, hari ini.


Ahmad Zahid meminta agar semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO poda 7 Julai lalu untuk menarik sokongan ke atas Tan Sri Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.


Beliau berkata, keputusan itu bagi memenuhi sumpah jawatan selaku Ahli Parlimen yang wajib menumpahkan taat setia kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa.


“Pendirian ini juga seiring dengan asas dan matlamat penubuhan UMNO untuk sentiasa memelihara dan membela Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO,” katanya.

bottom of page