top of page

Kerajaan PN pinjam RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari?

  • nabalunews
  • Aug 11, 2021
  • 1 min read

ree

11 Ogos 2021


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan Kerajaan PN yang meminjam RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari.


Dalam perkongsian melalui Facebook Najib Razak beberapa hari yang lalu, beliau bertanya kenapa (kerajaan PN) tergesa-gesa membuat pinjaman?


“Mereka sedang pinjam duit laju-laju macam dah dekat kiamat je.

27 Julai: Pinjam RM5.5 bilion.

3 Ogos: Pinjam RM4 bilion

9 Ogos: Pinjam RM2 bilion.


“Kerajaan PN pinjam RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari kerja lepas sahaja. Kenapa tergesa-gesa sangat meminjam? What's the rush?, katanya dalam Facebooknya.


Ciapan itu mendapat perhatian netizen dengan 23.4 ribu like, 3.7 ribu komen dan 1.7 ribu share

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page