Kerajaan Umum Pelarasan Harga Bahan Api 26 Mac – 1 April 2026
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns
26 Mac 2026
PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan pelarasan harga runcit petroleum bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026 dengan peningkatan ketara terhadap harga RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia berikutan lonjakan harga minyak mentah global susulan konflik berterusan di Asia Barat.
Harga RON97 dinaikkan kepada RM5.15 seliter, manakala diesel di Semenanjung Malaysia kini ditetapkan pada RM5.52 seliter. RON95 tanpa subsidi dijual pada harga RM3.87 seliter.
Bagaimanapun, Kerajaan mengekalkan harga RON95 bersubsidi (BUDI MADANI) pada RM1.99 seliter bagi penduduk Semenanjung Malaysia, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter. Harga RON95 di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak mengalami perubahan.
Menurut kenyataan rasmi Kerajaan, konflik di Asia Barat yang berlarutan sejak penghujung Februari 2026 telah melonjakkan harga minyak mentah di pasaran global, sekaligus memaksa pelarasan harga bahan api secara berperingkat selain daripada RON95 BUDI MADANI.
Kerajaan memberi jaminan akan terus memantau perkembangan pasaran dunia serta menyelaras harga petroleum dari semasa ke semasa bagi memastikan kestabilan harga dan kesejahteraan rakyat terpelihara.
Pelarasan ini berkuat kuasa mulai 26 Mac hingga 1 April 2026.















Comments