top of page

Kereta Proton Wira musnah terbakar di Semporna

  • nabalunews
  • Feb 23
  • 1 min read

22 Februari 2025


SEMPORNA: Sebuah kereta Proton Wira musnah terbakar dalam kejadian di Pusat Perkhidmatan Matdrasa, Semporna petang tadi.


Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.39 petang sebelum tiba di lokasi satu minit kemudian.


Setibanya di lokasi, kenderaan terbabit dilaporkan terbakar seratus peratus.


Operasi pemadaman diketuai oleh PBK II KUP Abdullah Bin Harun menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu pancutan air dari Pump Ziegler.


Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya dan pemeriksaan lanjut dilakukan bagi memastikan tiada bahaya lain.


Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini, dan operasi ditamatkan pada jam 3.14 petang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page