top of page
Wartawan Nabalu News

Kerjasama dua hala Malaysia, Indonesia dalam bidang keselamatan makanan, pertanian diperkukuh


Mohamad Sabu (kiri) bersama Duta Besar Indonesia di Malaysia Hermono semasa pertemuan itu.

15 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerjasama dua hala diantara Malaysia dan Indonesia dalam bidang keselamatan makanan akan ditingkatkan menerusi kerjasama perdagangan produk pertanian dan kerjasama teknikal pertanian, lapor Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).


MAFS menerusi satu kenyataan berkata perkara itu telah dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri MAFS Datuk Seri Mohamad Sabu dan Duta Besar Indonesia di Malaysia Hermono di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang pada hari Selasa.


Kedua-dua negara juga bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian termasuk kerjasama di bawah platform serantau ASEAN.


Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2023, Indonesia bersetuju untuk memberikan fokus terhadap keselamatan makanan di rantau ini.


Malaysia pula menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) ke-45 pada tahun ini.


Dalam pertemuan berkenaan, Mohamad telah dijemput ke Indonesia untuk melihat dengan lebih dekat pembangunan industri padi yang telah mencapai 100 peratus bagi Tahap Sara Diri (SSL) untuk menampung keperluan dan penggunaan beras domestik negara tersebut.


Dalam pada itu, Indonesia juga bersedia untuk mengeksport jagung bijian dan produk ternakan seperti daging, susu, dan telur ayam bagi memenuhi keperluan Malaysia.


תגובות


bottom of page