top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes Audit 1MDB: Najib, Arul Kanda dibebaskan


3 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy dari pertuduhan meminda laporan audit syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Keputusan tersebut diumumkan oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan, seorang hakim Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap dakwaan yang dibuat.


Sebagai bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, Najib yang kini berusia 70 tahun didakwan menggunakan kuasa beliau untuk menerima suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan sivil atau jenayah berkaitan dengan peranannya dalam perjalanan operasi syarikat 1MDB.


Beliau juga didakwa mengarahkan Laporan Pengauditan 1MDB dimuktamadkan oleh Ketua Audit Negara sebelum laporan itu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


Arul Kanda yang berusia 46 tahun yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB didakwa bersubahat dengan Najib dalam meminda laporan audit tersebut untuk melindungi bekas Perdana Menteri itu dan mengelakkan dirinya daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan dengan 1MDB.


Perbicaraan yanjg berlangsung selama 43 hari itu merangkumi 16 saksi untuk memberi keterangan. Antaranya adalah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Allayarham Tan Sri Ali Hamsa; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; dan Tan Sri Madinah Mohamad.

Comments


bottom of page