Kes sporadik tinggi di lima daerah di SabahKes sporadik tinggi di lima daerah di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes sporadik tinggi di lima daerah di Sabah



6 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 569 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, meningkat 15 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif 221,344 kes.


Turut dilaporkan, tujuh kes kematian hari ini iaitu dua di Keningau dan Kudat manakala masing-masing satu kes di Beaufort, Lahad Datu dan Ranau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes harian Sabah bertambah berpunca daripada kenaikan kes baharu yang agak tinggi di Kota Marudu, Beaufort dan Kudat.


“Kes-kes yang diperolehi melalui Saringan Bergejala kekal tinggi, yakni 36.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.


“Kes-kes sporadik ini yang sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi SOP berlaku dalam peratusan yang tinggi di daerah-daerah seperti Kota Kinabalu, Keningau, Tawau, Sandakan dan Beaufort,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit dalam kategori serius yang memerlukan rawatan di hospital kekal rendah iaitu hanya dua orang dalam Kategori 3, empat pesakit dalam Kategori 4 dan dua orang pesakit dalam Kategori 5.


“Sejumlah 580 orang atau 97 peratus pesakit daripada jumlah keseluruhan kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2,” katanya.


Masidi berkata, seluruh daerah di negeri ini mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 315 kes daripada Saringan Kontak Rapat.


“Ini dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.


Beliau berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 582 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 210,014 orang.


“Manakala 1,840 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 747 orang di hospital, 1,081 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 12 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 74 orang di ICU/repurposed kritikal dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page