top of page

Kes Zara Qairina: Peguam Sarankan Pendakwaan Mengikut Seksyen 507d(2) Kanun Keseksaan

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

14 Ogos 2025


KUALA LUMPUR: Pasukan peguam yang mewakili keluarga mendiang Zara Qairina menggesa Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa individu atau pihak yang didakwa terlibat dalam insiden buli.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menegaskan, mana-mana individu yang terlibat sebelum kematian pelajar terbabit boleh didakwa sekiranya keterangan yang diperoleh polis boleh dipercayai di mahkamah.


Katanya, gesaan itu dibuat susulan sidang media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, petang semalam.


“Polis mendedahkan hasil siasatan Pasukan Petugas Khas JSJ Bukit Aman menunjukkan wujud keterangan menjurus kepada perlakuan buli sebelum kejadian menimpa Zara.


“Jika keterangan tersebut boleh dipercayai di mahkamah, kami mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara agar mendakwa individu berkenaan mengikut Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.


“Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan yang disabitkan,” katanya.


Kenyataan dikeluarkan secara bersama lima peguam yang terdiri daripada Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser


Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya langkah pendakwaan itu diambil, maka ia akan menjadikan inkues tidak lagi diperlukan.


Namun katanya, sekiranya keterangan diperoleh didapati tidak cukup kuat untuk membentuk pertuduhan mengikut peruntukan itu, maka pasukan peguam mencadangkan siasatan lanjut diteruskan untuk memperkukuh bukti sedia ada, di samping mengadakan inkues secara serentak.


“Pendakwaan boleh dilakukan kemudian apabila keterangan telah mencukupi,” katanya.


Kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, menarik perhatian umum sejak awal bulan ini, dengan pelbagai pihak mendesak agar siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page