top of page

Kes Zara Qairina: SKMM siasat penyebaran kandungan palsu, bersifat 3R

  • nabalunews
  • 19 hours ago
  • 1 min read

ree

10 Ogos 2025


KUALA LUMPUR: Seorang individu disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran kandungan di media sosial berkaitan kes Zara Qairina Mahathir yang dipercayai mengandungi maklumat palsu serta unsur 3R (kaum, agama dan institusi diraja).


SKMM dalam kenyataan hari ini berkata, kandungan yang disebarkan itu dikhuatiri boleh mencetuskan kekeliruan awam serta mengganggu kelancaran siasatan oleh pihak berkuasa.


Katanya, bagi membantu siasatan, individu yang terbabit telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Sabtu dan turut disita dalam proses siasatan adalah satu unit telefon bimbit dan satu keping kad SIM.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.


Dalam pada itu, SKMM turut mengingatkan orang ramai supaya memberi ruang kepada proses siasatan dan berhati-hati terhadap sebarang kandungan spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan awam.


"Penyebaran maklumat belum disahkan bukan sahaja berisiko mengguris hati keluarga mangsa, malah bercanggah dengan nilai etika dan boleh mengganggu proses keadilan," tambah suruhanjaya itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page