Kes Zara Qairina: Terdapat Ketidakpatuhan Prosedur Siasatan
- nabalunews
- Aug 13, 2025
- 1 min read

13 Ogos 2025
KUALA LUMPUR: Pasukan Task Force Bukit Aman mendedahkan terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan membabitkan kes Zara Qairina Mahathir.
Ketidakpatuhan siasatan yang dikesan ialah pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, pegawai penyiasat dan penyelia terlibat akan diambil tindakan tegas susulan dapatan berkenaan.
“Walau bagaimanapun, saya juga perlu mendedahkan bahawa terdapat persetujuan atau permohonan daripada ibu mangsa memohon supaya bedah siasat tidak dibuat.
“Persetujuan ini direkodkan dengan tandatangan ibu mangsa, doktor, patalogi dan pegawai penyiasat dalam satu dokumen ‘Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang dikeluarkan pihak hospital,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.
Sebelum ini, Zara Qairina, 13, yang disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada 17 Julai lalu, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang.
Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) membenarkan kubur pelajar berkenaan digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah mangsa.















Comments