top of page

KKM lancar sistem P3S percepat pertukaran penempatan petugas kesihatan

  • nabalunews
  • Oct 1
  • 1 min read

ree

1 Oktober 2025


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan Sistem Pertukaran Suka Sama Suka (P3S) bagi mengurangkan birokrasi penempatan serta mempercepatkan proses pertukaran penempatan, sekali gus menjaga kebajikan petugas kesihatan.


Menurut kenyataan KKM, fasa pertama pelaksanaan P3S bermula hari ini melibatkan skim jururawat di bawah Bahagian Kejururawatan.


“P3S akan diperluas secara berfasa mulai 2026 kepada skim pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi dan penolong pegawai farmasi.


“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi: https://p3s.moh.gov.my. Semua syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh dirujuk dalam garis panduan di portal terbabit," menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Kementerian itu memaklumkan, proses pertukaran pegawai KKM sebelum ini dilaksanakan secara manual sehingga menyebabkan jumlah permohonan tinggi, proses mengambil masa panjang selain mendorong penggunaan saluran tidak rasmi.


Menurut KKM lagi, P3S kini menjadi platform rasmi untuk mempercepat padanan, memperkemas aliran kerja serta menjadikan proses lebih telus dan adil tanpa mengubah peraturan kelulusan sedia ada, sekali gus


KKM menjelaskan, melalui pelaksanaan sistem berkenaan, proses pertukaran akan menjadi lebih mudah, cepat dan telus.


“Pentadbiran di peringkat Pejabat Tanggungjawab (PTJ) hanya perlu mengesahkan kelayakan pegawai dan surat penempatan baharu akan dijana secara automatik selepas padanan berjaya dibuat.


“Pegawai terbabit perlu melapor diri serentak di lokasi penempatan baharu pada tarikh kuat kuasa rasmi,” tambah kenyataan itu.


Menurut kementerian itu, pelaksanaan P3S mencerminkan komitmen pihaknya dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan warga kerja kesihatan, mengurangkan kerenah birokrasi serta meningkatkan kecekapan pentadbiran.


“Langkah ini juga sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani yang berteraskan kemampanan, kesejahteraan dan daya cipta, terutamanya dalam memperkukuh sistem kesihatan negara,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page