top of page

KKM perkenal lima garis panduan baharu kesiapsiagaan bencana

  • nabalunews
  • Oct 16, 2024
  • 1 min read

16 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana alam dan krisis kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan lima garis panduan pengurusan dan kesiapsiagaan bencana.


Inisiatif ini bertujuan memastikan respons pantas dan pemulihan yang berkesan dalam situasi kecemasan.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan bahawa garis panduan tersebut dirangka untuk membina kapasiti dan keupayaan yang lebih baik bagi menghadapi pelbagai bencana seperti banjir, tanah runtuh, serta penyakit seperti leptospirosis.


“Paling penting, tujuan asasnya adalah untuk menyediakan negara berdepan dengan apa juga kemungkinan berlakunya bencana,” katanya ketika merasmikan Persidangan Pengurusan Bencana sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional Peringkat KKM 2024, lapor Berita RTM.


Lima garis panduan yang dilancarkan termasuk Pelan Pengurusan Bencana Peringkat KKM 2024, Prosedur Operasi Standard Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) 2024, dan panduan berkaitan aspek kimia, biologi, radiologi, nuklear, dan bahan letupan.


Garis panduan lain melibatkan Pasukan Penilaian dan Tindak Pantas 2024 serta mobilisasi sumber manusia semasa kecemasan kesihatan awam.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page