top of page
nabalunews

KKM PERLU LAKUKAN UJIAN SARINGAN SECARA BESAR-BESARAN: PH


Gambar hiasan

7 Julai 2021

Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan tetap menegaskan pentingnya untuk Kementerian Kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran termasuk ujian saringan terhadap mereka yang tidak bergejala di seluruh negara terutamanya di lokaliti yang dikenal pasti kadar keberjangkitan dan mempunyai kes positif Covid-19 yang tinggi.

Ini berikutan satu artikel daripada "principia-scientific.com" yang telah dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menyatakan bahawa World Heal Organisation (WHO) tidak lagi membuat rekomendasi untuk melakukan saringan besar-besaran terutamanya di kalangan mereka yang tidak bergejala.

Namun, sumber artikel yang telah dikongsikan tersebut adalah bukan daripada sumber WHO yang rasmi, tetapi dari satu sumber yang tidak disahkan, sering berkongsi artikel bersifat "pseudo-science" dan sering dikaitkan dengan propaganda haluan kanan.

Kalau kita meneliti dan membaca rekomendasi rasmi WHO" Recommendations for National SARS-CoV-2 testing strategies and diagnostics capacities" secara keseluruhannya, ia masih menekankan kepentingan untuk kita membuat saringan secara menyeluruh dan ujian diagnostik yang cepat dan tepat sangat penting untuk mencegah dan megawal penyebaran Covid-19.

WHO juga menegaskan bahawa semua ujian harus diikuti dengan respons kesihatan awam yang kuat termasuk pengasingan mereka yang positif dan rawatan menyeluruh, pengesanan kontak dan kuarantin.

Ini sangat membimbangkan kerana artikel tersebut tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menjustifikasikan penurunan jumlah saringan yang dibuat di seluruh negara. terutamanya pada masa jumlah kes Covid-19 masih tinggi di seluruh negara.


Pada 5/7/2021, kita mencatatkan 6387 jumlah kes positif di seluruh negara, tetapi hanya 66,063 ujian saringan telah dijalankan. Ini jauh daripada sasaran 150k test sehari yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan pada awal tahun ini. Ini juga bermaksud kadar positif adalah 9.67%, hampir 2 kali ganda rekomendasi WHO iaitu sepatunya di bawah 5%.

Malah purata kadar positif negara dari 29 Jun 2021-5 Julai 2021 adalah 8.25%, jauh lebih tinggi daripada nilai yang sepatutnya. Ini jelas menunjukkan bahawa kita kurang membuat saringan, dan ini bertentangan dengan nasihat pakar-pakar peurbatan dan juga amalan baik yang dijalankan di negara-negara yang berjaya mengawal wabak ini dengan efektif.


Kalau kita mengambil contoh di Singapura, United Kingdom(UK) dan di Australia, mereka tetap melakukan saringan terhadap semua orang termasuk mereka yang tidak bergejala kerana majoriti kes yang dikesan adalah di kalangan mereka yang tidak bergejala (asymptomatic).

Di UK, mereka telah membuka satu tempat saringan khas untuk mereka yang tidak bergajala untuk disaring. Strategi saringan besar-besaran ini adalah cara mereka meneruskan pembukaan ekonomi mereka walaupun berhadapan dengan penularan variant Delta(India) di negara tersebut.

Kluster terbaru di New South Wales Australia yang menular di pusat penjagaan warga emas melibatkan juga mereka yang tidak bergejala bermaksud penyakit tersebut terus menular walaupun pesakit tidak bergejala.

Ini membuktikan pentingnya kita mempertingkatkan kadar saringan, pengesanan kontak yang cepat, kuarantin/isolasi dan pemberian sokongan secepat mungkin di negara kita. Kami ingin sekali lagi tekankan bahawa elemen utama dalam mengawal wabak Covid-19 ini adalah sistem "Find, Test, Trace, Isolate and Support (FTTIS)" yang masih disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Anggota Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan :

a) YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor, b) YB Dr Lee Boon Chye (Gopeng. KEADILAN) c) YB Dr Ong Kian Ming (Bangi, DAP) d) YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli (Lumut, AMANAH) e) YB Dr Kelvin Yil (Bandar Kuching, DAP) f) YB Sim Tze Tzin (Bayan Baru, KEADILAN) g) YB Alice Lau (Lanang. DAP) h) YB Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kerajaan Negeri Selangor) i) YB Dr Norlela Ariffin (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) j) YB Veerapan Supramaniam (Exco Kerajaan Negeri Sembilan) k) Ybhg Dr Niekmah Adam (AWAN, AMANAH) l) Ybhg Dr Zaliha Mustafa (MPP, KEADILAN)

Comments


bottom of page