top of page

KKM sasar tingkatkan jururawat lelaki kepada 10 peratus

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 27, 2024
  • 1 min read


27 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhasrat untuk meningkatkan jumlah jururawat lelaki di negara ini kepada 10 peratus bagi memenuhi permintaan sektor kejururawatan yang kian meningkat seiring perkembangan teknologi perubatan moden.

 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata KKM merekodkan hanya 2,823 jururawat lelaki, yang merangkumi empat peratus daripada keseluruhan 70,653 jururawat di bawah kementerian tersebut.

 

"Saya menyeru agar lepasan SPM ataupun lepasan graduan jururawat lelaki untuk terlibat bersama. Negara-negara yang dominan Islam mungkin perkhidmatan jururawat lelaki ini diperlukan, jadi kita rasa Malaysia mempunyai potensi yang besar," kata Lukanisman kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Bersama Kejururawatan Malaysia-Singapura ke-27 di sini.

 

Beliau turut menekankan bahawa stigma bahawa bidang kejururawatan hanya untuk golongan wanita perlu dihapuskan kerana perkhidmatan jururawat lelaki amat diperlukan ketika ini.

 

"Kita akan lebih ke arah untuk menguar-uarkan kesedaran daripada peringkat sekolah bahawa peluang dan juga industri kejururawatan ini terbuka dan dia tidak gender bias," tambahnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page