KLUSTER BAHARU DI MUKIM TAMPI-TAMPI SEMPORNA LIBATKAN GURU SEKOLAH RENDAHKLUSTER BAHARU DI MUKIM TAMPI-TAMPI SEMPORNA LIBATKAN GURU SEKOLAH RENDAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER BAHARU DI MUKIM TAMPI-TAMPI SEMPORNA LIBATKAN GURU SEKOLAH RENDAH



8 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Klusters Keramat di Semporna berlaku di Mukim Tampi-Tampi.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan pekebun, lelaki, 73, yang dilaporkan pengsan di kebun berhampiran rumahnya kemudian dibawa ke Hospital Semporna dan didapati positif RTK Antigen 100 peratus.



“Susulan kes itu, daripada 11 isi rumah yang disaring, tujuh disahkan positif iaitu isteri, anak, menantu serta cucu.


“Tiga daripada yang positif itu adalah guru sekolah rendah. Saringan kontak rapat seterusnya dilakukan di klinik kesihatan melibatkan guru-guru SK Hampalan dan SK Bubul serta saringan lapangan bagi guru-guru dan murid- murid pendidikan khas di SK Tampi-Tampi pada 07 Mei 2021,” katanya.


Masidi berkata, hasil saringan, seorang lagi guru SK Tampi-Tampi disahkan positif RTK Antigen 88 peratus, menjadikan jumlah terkumpul bagi kluster baharu ini sebanyak sembilan kes.


Katanya, aktiviti pengesanan kontak rapat serta mengenal pasti punca jangkitan sedang giat dijalankan.



bottom of page