Komuniti lebih selamat: JPNIN sasar 500 kawasan rukun tetangga progresif
- nabalunews
- Jul 21, 2024
- 1 min read

21 Julai 2024
KUALA TERENGGANU : Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) mengutamakan pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam usaha mencapai sasaran 500 KRT progresif tahun ini.
Menurut Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Che Roslan Che Daud, pada ketika ini, terdapat 121 KRT progresif di seluruh negara.
Beliau berkata, KRT yang telah mencapai tahap cemerlang perlu meningkatkan usaha mereka untuk mencapai status KRT progresif.
"Saya yakin semua KRT di luar sana boleh adakan lawatan di sini, bagaimana pengurusan KRT ini dibuat cara failnya dibuat pengurusan.
"Itu kriteria bagus, apabila kita lihat sesuatu organisasi bagaimana kita uruskan sistem failnya dan juga kepimpinannya, bagaimana untuk membawa ahli jawatankuasa ke arah cemerlang menerusi kolaborasi dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) dan rakan strategik," kata Che Roslan, lapor Berita RTM.
Beliau menjelaskan bahawa fokus utama KRT progresif adalah pada empat bidang utama, iaitu ekonomi dan sara hidup, keselamatan dan ketahanan diri, serta dua bidang elektif yang lain.
"Antara bidang wajib yang perlu diberi fokus ialah ekonomi dan sara hidup, keselamatan dan ketahanan diri serta dua lagi bidang elektif," ujar beliau.
Che Roslan turut menekankan bahawa JPNIN sedang berusaha menambahbaik skim rondaan sukarela yang dijalankan oleh AJK KRT, termasuk penggunaan peralatan berteknologi moden semasa menjalankan rondaan.
"Menerusinya aktiviti rondaan akan dipantau menerusi sistem yang akan dibangunkan bersama-sama penyedia perkhidmatan," jelasnya.
Comments