top of page
  • Wartawan Nabalu News

KONGRES TAHUNAN SAFA LULUSKAN PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN


Benedict (dua dari kiri) dan Naib Presiden SAFA, Dato Rahman Zakaria ketika menghadiri kongres itu.

2 Mac 2021


KOTA KINABALU: Kongres tahunan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) Sabtu lepas telah meluluskan beberapa pindaan dalam perlembagaan persatuan itu sesuai dengan perkembangan semasa.


Pindaan itu membabitkan sembilan perkara dalam perlembagaan persatuan dan dipersetujui oleh semua wakil gabungan SAFA daerah yang hadir.



Antara lain pindaan bagi artikel 22 (4) membolehkan jawatankuasa eksekutif, setiausaha agung dan bendahari yang mengambil bahagian dalam kongres dan mempunyai hak mengundi.


Selain itu, undian oleh jawatankuasa eksekutif, setiausaha agung dan bendahari hendaklah disifatkan sebagai undi oleh ahli yang hadir dan layak mengundi.


Setiausaha Agung SAFA, Benedict Asmat, berkata sebelum ini, jawatankuasa eksekutif, setiausaha agung dan bendahari yang hadir dalam kongres tanpa hak mengundi.


Benedict Asmat

Katanya, semasa memegang jawatan, ahli jawatankuasa juga tidak boleh dilantik sebagai perwakilan bagi mana-mana ahli.


Menurut beliau, semua pindaan itu diperkemaskan semula sesuai dengan perkembangan semasa dan masa kini.


“Peguam persatuan turut memberi pandangan dan nasihat bagi pindaan perlembagaan itu dan berterima kasih kepada semua wakil gabungan telah meluluskannya dalam kongres tahunan SAFA di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sembulan, Sabtu lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Kongres Tahunan SAFA bagi tahun 2020 sepatutnya diadakan tahun lepas namun disebabkan pandemik Covid-19 ia terpaksa dianjakkan kepada tahun ini.



Beliau berkata, sebaik mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan, pindaan dalam perlembagaan itu boleh digunapakai dalam Kongres Pemilihan SAFA tahun depan.


Sehingga ini, SAFA mempunyai 26 gabungan daerah dari seluruh negeri tetapi tiga daripadanya telah menerima penggantungan kerana gagal menghantar laporan kepada Pesuruhjaya Sukan.


Bagaimanapun, katanya, SAFA Negeri akan meminta gabungan yang tidak aktif itu supaya berusaha untuk membolehkan mereka dapat “dihidupkan” semula dan dapat bergerak aktif semula seperti gabungan yang lain.


Benedict sebelum ini merupakan Naib Presiden SAFA tetapi telah melepaskan jawatan itu bagi membolehkan dia dilantik sebagai Setiausaha Agung SAFA yang baharu sebaik sahaja Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin diberi mandat Ahli Majlis Tertinggi SAFA untuk menjadi Pemangku Presiden badan bolasepak itu akhir tahun lalu.



Commenti


bottom of page