Kota Belud Dart Open 2023 bakal berlangsung hujung bulan ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kota Belud Dart Open 2023 bakal berlangsung hujung bulan ini


9 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Peminat-peminat permainan dart di Sabah akan berpeluang menunjukkan bakat dan kemahiran mereka dalam Kejohanan Kota Belud Dart Open 2023, yang akan berlangsung pada 25 dan 26 November ini.


Kejohanan itu, yang dianjurkan oleh Kelab Dart D'Lontupak Kota Belud (D'LDC), akan diadakan di Dewan D'Lontupak View, Kg. Purak Ogis.


Menurut Pengerusi Kelab, Alexius Sagun, kejohanan itu akan menampilkan dua kategori, iaitu Men Double dan wanita perseorangan.


Beliau berkata kejohanan itu bertujuan untuk mempromosikan permainan dart sebagai sukan moden yang boleh menarik minat generasi muda, serta mengeratkan hubungan baik antara pemain-pemain dart dari pelbagai kawasan.


Beliau mengucapkan terima kasih kepada ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, yang telah menyumbang RM10,000 sebagai penyumbang utama kejohanan itu.


"Datuk Ewon Benedick adalah orang yang mencetuskan idea untuk menganjurkan kejohanan dart ini sebelum beliau menjadi ADUN. Beliau juga telah menambah sumbangan beliau daripada RM5,000 kepada RM10,000, memandangkan kami telah menambah kategori baharu iaitu wanita perseorangan," katanya.


Selain aktiviti sukan, kelab itu juga berhasrat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti lain seperti pertandingan masakan tradisional dengan kerjasama Homestay Aki Nabalu Kota Belud.

bottom of page