top of page
nabalunews

KPKT salur RM1.21 juta bagi kempen alam sekitar, fokus perbaiki kemudahan awam

8 Oktober 2024


BANGI: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.21 juta bagi melaksanakan pelbagai kempen alam sekitar sepanjang tahun ini.


Menurut Menteri KPKT, Nga Kor Ming, kempen yang dijalankan termasuk Kempen Pasar Awam Bersih, Membasmi Infestasi Tikus, dan Membasmi Hotspot Denggi.


“Peruntukan ini penting bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memperbaiki dan memperindah kemudahan awam yang rosak, serta menggalakkan aktiviti gotong-royong dalam komuniti setempat,” kata beliau dalam teks ucapan yang dibacakan oleh timbalannya, Datuk Aiman Athirah Sabu, semasa Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) 2024 peringkat KPKT.


Selain itu, KPKT juga memperuntukkan RM150 juta bagi menaik taraf 1,000 tandas awam berstatus Tandas Awam PBT Bersih, Menawan dan Wangi (BMW), RM50 juta untuk menaik taraf pasar awam dan Gerai MADANI, serta RM60 juta bagi pembaikan medan selera di bawah PBT.

Comments


bottom of page