top of page

KPM lantik 300 pembantu warden, tingkat keselamatan asrama

  • nabalunews
  • 7 days ago
  • 1 min read

8 April 2026


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melantik seramai 300 personel MySTEP Pembantu Warden Asrama (MyPWA) untuk ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama seluruh negara.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif MyPWA diperkenalkan bagi meningkatkan tahap keselamatan di sekolah berasrama selain membantu mengurangkan beban tugas guru.


“MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid asrama terus diperkukuh.


“Pelaksanaan inisiatif MyPWA akan terus diperluaskan sebagai salah satu ikhtiar yang selari dengan agenda reformasi keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaan KPM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Fadhlina berkata, inisiatif itu juga bertepatan dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang menggariskan keperluan untuk guru mata pelajaran memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page