top of page

KPM nafi kenyataan palsu keputusan SPM 2025 mengikut kaum

  • nabalunews
  • Apr 2
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


2 April 2026


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan tegas menafikan sebarang kenyataan yang tular di media sosial berhubung keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mengikut pecahan kaum.


Kementerian mengesahkan bahawa kenyataan tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh mana-mana saluran rasmi KPM.


KPM telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung penyebaran maklumat tidak benar itu. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti sistem pendidikan negara.


Menurut KPM, sebarang pengumuman rasmi berkenaan keputusan SPM hanya akan dikeluarkan melalui saluran komunikasi rasmi kementerian, termasuk laman web, media sosial rasmi, dan sidang media yang diiktiraf. Masyarakat dinasihati supaya tidak berkongsi maklumat daripada sumber yang tidak sahih.


KPM turut menegaskan bahawa institusi pendidikan negara sentiasa berpaksikan nilai kesaksamaan, pembangunan potensi pelajar secara menyeluruh, serta peluang pendidikan yang adil untuk semua tanpa mengira latar belakang etnik, agama, atau sosial.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page