top of page

KPM pastikan tiada calon SPM tercicir tahun ini

  • nabalunews
  • Dec 3, 2024
  • 1 min read

 



3 Disember 2024

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pastikan bahawa tiada pelajar akan tercicir daripada menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, meskipun terdapat cabaran akibat banjir. 

 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memaklumkan bahawa fasa pertama pemindahan calon yang terjejas ke lokasi selamat telah selesai 100 peratus.

 

Jelas beliau, pihaknya kini sedang melaksanakan fasa kedua, iaitu memberi sokongan emosi kepada setiap calon SPM yang terjejas banjir.

 

"Jadi persiapan mental mereka (calon SPM), kita bagi persiapan penuh dan tumpuan penuh mempersiapkan mereka untuk peperiksaan,” katanya di Parlimen, hari ini. 

 

"Jadi, bagi yang tidak dapat menghadiri peperiksaan semalam, mereka boleh menghadiri peperiksaan sama ada hari ini atau esok. Kelulusan diberikan untuk memastikan semua calon dapat menduduki peperiksaan," jelasnya. 

 

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page