KPM perhalusi kesesuaian takwim persekolahan tahun 2023KPM perhalusi kesesuaian takwim persekolahan tahun 2023
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

KPM perhalusi kesesuaian takwim persekolahan tahun 2023


Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mohamad Alamin

2 November 2021

Oleh Marryan Razan


KUALa LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang memperhalusi kesesuaian takwim persekolahan untuk tahun 2023 dan seterusnya.


Timbalan Menterinya Datuk Mohamad Alamin berkata, sesi persekolahan tahun 2022 yang bermula pada Mac akan dijadikan sebagai panduan.  

 

“KPM komited untuk memastikan murid terus mendapat akses pendidikan dengan meneliti kesesuaian sesi persekolahan selaras dengan situasi semasa khususnya pasca pandemik Covid-19,” katanya, pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Kit Siang yang meminta menteri kanan pendidikan menyatakan sama ada tempoh persekolahan para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah untuk tahun 2023 dan ke hadapan akan terus bermula pada Mac seperti pada tahun 2022.


Mohamad berkata, KPM menyedari sesi persekolahan secara bersemuka untuk tahun 2021 tidak dapat dilaksanakan seperti biasa.


“Oleh itu, KPM telah membuat ketetapan untuk melanjutkan sesi persekolahan tahun 2021 sehingga bulan Februari tahun 2022.

 

“Pelanjutan sesi ini membolehkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan kesediaan murid untuk mengikuti tahun persekolahan berikutnya,” katanya.


Di samping itu katanya, pelanjutan itu juga membolehkan murid Tingkatan 5 tahun 2021 mendapat peluang dan persediaan secukupnya untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 pada bulan Mac 2022.

bottom of page