top of page

KPM perkukuh aspek kesejahteraan, keselamatan di sekolah – Fadhlina

  • nabalunews
  • Oct 15, 2025
  • 1 min read

15 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkukuh pelaksanaan langkah keselamatan dan kesejahteraan di semua institusi pendidikan kelolaannya, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


Beliau berkata, kejadian-kejadian terkait isu keselamatan di sekolah sejak kebelakangan ini mendedahkan kelemahan yang perlu ditangani segera.


“Kami tidak menganggap ia isu terpencil sebaliknya sebagai keperluan untuk melakukan tambah baik.

“Dalam waktu terdekat, kementerian akan melaksanakan beberapa langkah termasuk memperkukuh program intervensi kesihatan mental di semua institusi pendidikan bawah KPM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Selain itu, menurut Fadhlina, pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran mereka di sekolah masing-masing, manakala kementerian akan meningkatkan kerjasama dengan polis untuk meningkatkan pemantauan di semua institusi pendidikan


Jelasnya, dapatan audit keselamatan sekolah akan dibentangkan dalam masa terdekat supaya penambahbaikan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan bagi memperkukuh aspek keselamatan di semua institusi pendidikan di bawah KPM.


Semalam, media melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.


Minggu lalu negara digemparkan dengan kejadian pelajar Tingkatan Tiga dirogol secara bergilir-gilir oleh pelajar senior di sebuah sekolah di Melaka.


Dua kejadian terbabit menggoncang keyakinan masyarakat terhadap persekitaran sekolah sebagai tempat paling selamat untuk anak-anak.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page