top of page

KPM umum cuti tambahan 18 Mac sempena Aidilfitri

  • nabalunews
  • 26 minutes ago
  • 1 min read

11 Mac 2026


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pemberian satu hari cuti tambahan pada 18 Mac ini kepada semua sekolah di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri dalam suasana lebih teratur.


"Langkah ini juga selaras dengan komitmen KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan," katanya dalam satu kenyataan semalam.


Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac (Khamis).


Manakala sekolah dalam Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya diberikan dua hari cuti tambahan, iaitu 19 dan 20 Mac (Khamis dan Jumaat).

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page