top of page
nabalunews

KPN cadang bahasa kolokial dan dialek tempatan jadi sukatan pengajian di IPT


6 November 2024


BANGI: Menteri Perpaduan Negara (KPN), Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kementerian beliau mencadangkan supaya bahasa kolokial dan dialek tempatan dijadikan sebahagian sukatan pelajaran di institusi pengajian tinggi.


Menurut Aaron, cadangan ini bertujuan untuk melestarikan bahasa komuniti melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).


“Itu memang hasrat kita. Apabila kita sudah mengumpul maklumat mengenai pelbagai bahasa, langkah seterusnya adalah untuk institusi pengajian tinggi jadikan ia sebagai satu sukatan pelajaran,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti 2024, lapor Berita RTM.


Turut hadir dalam acara tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha KPN, Mohamad Sobri Mat Daud dan Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman.


Tambah beliau, program pendidikan seperti puisi dan penceritaan dalam bahasa kolokial dapat membantu pelajar menghargai dan memelihara warisan bahasa tempatan.

Comments


bottom of page