KPWKM sedang bangunkan dasar kanak-kanak negara yang lebih komprehensif
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KPWKM sedang bangunkan dasar kanak-kanak negara yang lebih komprehensif


29 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menyemak semula beberapa dasar sedia ada berkaitan kanak-kanak bagi membangunkan satu dasar kanak-kanak negara yang lebih komprehensif.


Ini diumumkan oleh Timbalan Menteri KPWKM Aiman Athirah Sabu pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara kelmarin.


Beliau berkata antara dasar yang sedang disemak semula ialah Dasar Kanak-Kanak Negara, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara dan elemen berkaitan kanak-kanak dalam Dasar Pendidikan Kesihatan Dan Reproduktif Sosial.


Beliau juga berkata satu pelan tindakan baharu akan dibangunkan bagi mengiringi dasar baharu berkenaan yang akan menggariskan panduan bagi mengukuhkan tadbir urus, dasar perundangan dan penyampaian perkhidmatan kepada kanak-kanak.


"Ia juga akan merangkumi agensi-agensi pelaksana di peringkat Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, sokongan komuniti dan kerjasama semua badan bukan kerajaan perlu diperkasakan demi kepentingan yang terbaik kanak-kanak," katanya.


Beliau menjawab soalan Tambahan Senator Ros Suryati Alang yang ingin tahu usaha kerajaan untuk menambah baik akta-akta sedia ada untuk memberi perlindungan secara menyeluruh kepada kanak-kanak.


Beliau menambah bahawa KPWKM juga akan menguatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 secara berperingkat bermula pada Selasai (28 Mac) bagi membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page