Lagi wakil rakyat Warisan keluar partiLagi wakil rakyat Warisan keluar parti
top of page
  • Farah Salim

Lagi wakil rakyat Warisan keluar parti


30 Okt 2021 Oleh Farah Salim KOTA KINABALU: Baru sahaja beberapa minggu yang lalu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Yusof Yacob umum keluar dari Parti Warisan Sabah (Warisan), kini seorang lagi wakil rakyat Warisan akan menyusul. Beliau ialah ADUN Segama Datuk Mohamaddin Ketapi yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu. Difahamkan keputusan beliau keluar parti adalah untuk menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau berkata keputusan itu juga dibuat kerana beliau melihat tiada sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan dapat disalurkan di kawasan diwakilinya sepanjang berada di kerusi pembangkang. Tambahnya, sebagai pembangkang, tiada kemajuan yang dapat dibawa ke kawasan Parlimen Lahad Datu dan DUN Segama. Menurut Mohamaddin, beliau mempunyai hak untuk menyokong sebarang usaha kerajaan demi kebajikan rakyat. “Pengumuman yang saya buat hari ini adalah semata-mata demi untuk memastikan kemajuan dibangunkan di DUN Segama dan tiada kaitan dengan beli wakil rakyat,” katanya dalam satu sidang media, hari ini. Tambahnya, walaupun mesra kepada kerajaan negeri bagi DUN yang diwakili namun beliau memaklumkan dirinya kekal menjadi seorang Ahli Parlimen bebas dan tidak menyokong mana-mana pihak di peringkat Persekutuan. “Bagaimanapun, saya sangat berbesar hati untuk mengundi dan menyokong usaha Kerajaan Persekutuan sekiranya undi yang ada pada saya iaitu satu undi Bebas boleh membantu membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan negara.”

bottom of page