Laluan sementara Tamparuli – Kiulu dibuka mulai hari ini
- nabalunews
- Apr 29
- 1 min read

29 April 2025
TUARAN: Laluan sementara menghubungkan Jalan Tamparuli – Kiulu di kilometer 2.45 dibuka semula kepada pengguna bermula hari ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, laluan berkenaan dibuka kepada pengguna bermula jam 10 pagi tadi selepas kerja-kerja pembaikan disiapkan mengikut jadual.
Bagaimanapun, katanya, hanya satu lorong dibuka di laluan tersebut bagi orang ramai yang menggunakan kenderaan kecil.
“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi segala arahan dan papan tanda keselamatan yang disediakan di kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, laluan sementara tersebut ditutup pada Selasa lalu akibat runtuhan berikutan hujan lebat berterusan dan pengguna terpaksa menggunakan jalan alternatif untuk ke Pekan Kiulu.
Comentarios