top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lapan rumah setinggan dirobohkan


8 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KENINGAU: 8 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi di sebuah koloni setinggan di tanah kerajaan di daerah ini petang tadi.


Ketua Polis Daerah Keningau Superitendan Yampil Anak Garai berkata, operasi perobohan dijalankan selepas notis ke 3 Pengosongan Dan Perobohan di bawah Seksyen 173 Ordinan Tanah Sabah oleh Jabatan Tanah Sabah - 01 Ogos 2024 dikeluarkan.


Katanya, operasi ini dijalankan secara bersepadu melibatkan 72 orang terdiri pegawai, anggota dan kakitangan jabatan dan agensi yang terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Keningau, Jabatan Imigresen, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Tanah Dan Ukur Negeri Sabah, Pejabat Pemungut Hasil Tanah dan Jabatan Veterinar.


"Seksyen 173(1)(h) Ordinan Tanah Sabah menjadi punca kuasa utama operasi ini yang diturunkan kepada Jabatan Imigresen oleh Pengarah Tanah dan Ukur Sabah bertarikh 01 Ogos 2024" katanya ketika dihubungi petang tadi.


"Operasi perobohan yang bermula tepat jam 9.30 pagi di lokasi berakhir pada jam 4.30 petang melibatkan sebanyak 8 buah rumah setinggan. Kerja-kerja perobohan baki 8 rumah setinggan lagi akan di sambung hari berikutnya" jelasnya.


Yampil memberi tahu, semasa operasi dijalankan berlaku sedikit bantahan dari wakil penduduk, namun keadaan terkawal dan operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden diluar jangkaan berlaku.

Comments


bottom of page