top of page

Larangan Jual Beli Minyak Masak Polibeg 1kg Untuk Bukan Warganegara

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


2 Mac 2026


PUTRAJAYA: Bermula 1 Mac 2026, adalah menjadi satu kesalahan untuk menjual atau membeli minyak masak dalam bungkusan polibeg 1 kilogram kepada atau oleh bukan warganegara Malaysia. Larangan ini dikuatkuasakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Minyak Masak) 2026.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan bahawa mana-mana individu atau pihak yang didapati melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Tindakan ini diambil bagi memastikan barangan kawalan bersubsidi terus dinikmati oleh golongan sasar dan tidak disalahgunakan.


Sehubungan itu, orang ramai digesa agar sentiasa peka dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai demi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page