Lawatan Anwar Dianggap Penting Untuk Hubungan India Dengan Malaysia Dan ASEAN
- nabalunews
- Aug 20, 2024
- 1 min read

19 Ogos 2024
NEW DELHI: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke New Delhi amat penting bagi hubungan Malaysia-India serta kerjasama serantau dalam konteks hubungan India dengan ASEAN, menurut liputan media India mengenai pengumuman lawatan itu.
Anwar yang diiringi delegasi peringkat tinggi, berada di India dari 19 hingga 21 Ogos dalam lawatan pertamanya ke negara itu sejak menjadi Perdana Menteri pada November 2022.
Selain mengembangkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala, Anwar dijangka membincangkan pelbagai isu serantau yang mempunyai kepentingan bersama dengan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi pada Selasa.
Comments