Lebih 100 premis makanan di Sabah menyertai Inisiatif Menu RAHMAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lebih 100 premis makanan di Sabah menyertai Inisiatif Menu RAHMAH


13 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata sebanyak 105 premis makanan di Sabah telah menyertai Inisiatif Menu RAHMAH.


Menurut beliau, setakat ini lebih dari 1,531 premis perniagaan telah mendaftar dalam melaksanakan Inisiatif Menu RAHMAH di seluruh negara.


“KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran, makanan dan peruncitan di negeri Sabah supaya bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat.


“Sehubungan dengan itu, KPDN telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH yang berdekatan dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my,” katanya semasa Jelajah Rahmah kelmarin.


Dalam pada itu Salahuddin mendedahkan bahawa Hotel Elopura, Sandakan merupakan hotel pertama yang menawarkan "Pakej Rahmah".


"Pakej Rahmah" ini akan menawarkan 20 peratus diskaun penginapan dan makan sahur percuma sepanjang bulan Ramadan. Inisiatif ini diharapkan dapat menarik pelancong dalam dan luar negara untuk bercuti ke Sandakan.


Oleh demikian, beliau juga berharap hotel ternama di negara ini turut menawarkan "Pakej Rahmah" dan akan berbincang dengan industri perbankan untuk menawarkan pakej perbankan bersifat rahmah.


Semasa meninjau bekalan barang keperluan di Pasar Besar di Kota Kinabalu, beliau juga mengumumkan bahawa barang kawalan masih dijual pada harga yang ditetapkan dan majoriti bekalan mencukupi.


"Hanya beberapa barangan seperti ayam dan telur yang berhadapan masalah bekalan, jadi KPDN akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memastikan bekalan mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page