Lee Zii Jia tidak lagi bersama BAM
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lee Zii Jia tidak lagi bersama BAM



20 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meletakkan jawatan sebagai pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM).


Menurut Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan dari pemain ranking ketujuh dunia itu pada 11 Januari lalu.


“Dia tidak boleh menerima tekanan dan dia mahu mencapai impiannya mengikut rentaknya sendiri.


“Kita cuba memujuknya dan cuba berbincang dengannya tetapi dia bersama pasukan dan keluarganya tetap dengan keputusan itu,” kata Norza dalam petikan laporan Free Malaysia Today kelmarin.


Tambah beliau, BAM akan mengadakan sidang media pada hari Jumaat ini di Akademi Badmintin Malaysia (ABM) untuk memaklumkan kesan akibat peletakan Zii Jia itu.


Sebelum ini, Zii Jia hanya berdiam diri ketika ditemui pemberita pada Selasa berkenaan masa depannya bersama BAM. Katanya, sebarang pengumuman berhubung masa depannya dengan akan dibuat oleh BAM sendiri.


Pemain berusia 23 tahun itu kini menduduki tempat ke tujuh dunia dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).




photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page