top of page

Lee Zii Jia tumpaskan juara dunia Loh Kean Yew

  • Farah Salim
  • Feb 16, 2022
  • 1 min read

ree
Pemain badminton perseorangan lelaki nombor 1 negara, Lee Zii Jia.

16 February 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya menumpaskan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura hari ini.


Kemenangan Zii Jia tadi membolehkan negara memperoleh mata pertama apabila menewaskan Kean Yew dengan mata 21-6, 21-14 dalam aksi pertama membabitkan Malaysia bertemu Singapura dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2020.


Sementara itu, ini juga merupakan aksi pertama Zii Jia setelah beliau bergerak secara profesional selepas meninggalkan Twitter Persatuan Badminton Malaysia (BAM).


Kemenangan Zii Jia hari ini membuatkan beliau kini di kedudukan ranking nombor tujuh dunia menyamakan kedudukan rekod pertemuan 2-2 dengan Kean Yew.


Selain Zii Jia, cabaran perseorangan negara turut digalas Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Hao, Lim Chong King dan Kok Jing Hong.


Dalam acara beregu pula, Malaysia diperkuatkan oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Cheah-Soh Wooi Yik, selain Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page