Lelaki Meninggal Dunia Di Garaj, Tiada Unsur Jenayah
- nabalunews
- 13 hours ago
- 1 min read

4 Februari 2026
PENAMPANG: Insiden penemuan seorang elaki yang meninggal dunia di garaj hadapan rumah di Kampung Nosoob Baru, pagi tadi, disahkan tiada kaitan unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, mangsa berusia 43 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri pada jam 8.15 pagi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal di lokasi mendapati tiada sebarang kesan pergelutan, pecah masuk ataupun unsur jenayah lain.

“Pihak polis juga tidak menemui sebarang kecederaan luaran yang mencurigakan pada tubuh mangsa.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pihak polis akan menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.
“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara menunggu laporan rasmi proses bedah siasat,” katanya.
Sehubungan itu, Sammy menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
Katanya, polis juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.


















Comments