top of page

LHDN ubah waktu operasi sepanjang Ramadan

  • nabalunews
  • 31 minutes ago
  • 2 min read

18 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan perubahan waktu operasi di kaunternya sepanjang Ramadan, berkuat kuasa esok hingga 20 Mac 2026.


Menurut LHDN, bagi kaunter khidmat rundingan, pejabat satelit dan kaunter duti setem, waktu operasi di seluruh negara kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak ialah pada jam 8.30 pagi hingga 4 petang.


"Bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, waktu operasi adalah pada jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang bagi Ahad hingga Rabu, manakala Khamis adalah jam 8.30 pagi hingga jam 3 petang.


"Manakala Sabah dan Sarawak, waktu operasi bermula jam 8 pagi hingga jam 3.30 petang sepanjang Isnin hingga Jumaat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


LHDN berkata, bagi waktu operasi HASiL Contact Centre (HCC) ialah jam 9 pagi hingga 4 petang di seluruh negara dari Isnin hingga Jumaat.


Sementara itu, perkhidmatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di semua negeri kecuali Johor, Kedah dan Kelantan pula beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang.


Bagi Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH), waktu operasi ialah jam 8.30 pagi hingga jam 3 petang dari Isnin hingga Jumaat di Kuala Lumpur untuk perkhidmatan tunai, kad kredit atau debit, dan untuk urusan bank draf sehingga jam 3.30 petang.


Di Kuching, Sarawak, adalah dari jam 8 pagi hingga jam 3 petang bagi bayaran sijil pendaftaran nama perniagaan saja.


Sehubungan itu, LHDN menasihatkan pembayar cukai agar membuat perancangan awal serta mengatur jadual lawatan ke kaunter berdasarkan waktu operasi yang telah ditetapkan sepanjang bulan Ramadan.


Bagi memastikan kelancaran urusan percukaian, pembayar cukai juga digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan dalam talian melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal.


"KIta berharap pelaksanaan waktu operasi ini dapat memenuhi jangkaan pelanggan dan memberikan nilai tambah positif dalam meningkatkan tahap kepuasan serta pengalaman perkhidmatan kepada semua pembayar cukai," katanya.


Sebarang pertanyaan dan maklum balas, orang ramai boleh menghubungi HCC di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page