top of page

Liga Super : Sabah kembali kutip 3 mata penuh di Likas

  • nabalunews
  • Jul 25, 2024
  • 1 min read

ree
Kredit Gambar: Sabah FC

25 Julai 2024


KOTA KINABALU : Sabah FC menepati sasaran untuk kembali memenangi perlawanan di laman sendiri selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.


Gol pertama skuad The Rhinos dijaringkan oleh Daniel Ting pada minit ke-13 selepas menerima hantaran Telmo Castanheira untuk Sabah mendahului 1-0.


manakala gol kedua menerusi sepakan penalti Mohd Jafri Chew pada minit ke-80.


Sabah dihadiahkan sepakan penalti selepas penyerang import Sabah, Telmo Castanheira dijatuhkan pertahanan NSFC, Zainal Abidin Jamil di kawasan kotak penalti.


Manakala gol kedua menerusi sepakan penalti Mohd Jafri Chew pada minit ke-80 selepas penyerang import Sabah, Telmo Castanheira dijatuhkan pertahanan NSFC, Zainal Abidin Jamil di kawasan kotak penalti.


NSFC turut berpeluang melakukan beberapa cubaan menarik sepanjang babak pertama terutama menerusi penyerang tengahnya, Takumi Sasaki, namun gagal menembusi gawang tuan rumah yang dikawal dengan baik penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.


Berbekal jaringan tipis 1-0, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee memiliki kelebihan untuk meneruskan aksi dengan yakin bagi menambah gol pada separuh masa kedua.


Namun, serangan yang agak tumpul dan cubaan yang tidak menepati sasaran membuatkan tuan rumah buntu untuk menambah jaringan sehinggalah insiden penalti pada minit ke-80 yang akhirnya melebarkan jaringan Sabah kepada 2-0.


Pihak lawan pula terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas seorang pemainnya dilayangkan kad merah pada minit ke-65 atas kesalahan menerjah kaki pemain gantian Sabah, Azhad Harraz Arman yang baru dibawa masuk pada babak kedua.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page