Lima Saman Dan Sebuah Motosikal Disita
- nabalunews
- Jul 20, 2025
- 1 min read

20 Julai 2025
PENAMPANG: Seorang penunggang motosikal ditahan dan motosikalnya disita selepas didapati melakukan pengubahsuaian berlebihan dalam operasi Op Samseng Jalanan, semalam.
Dalam sekatan jalan raya yang dijalankan di Jalan Pintas Penampang dan Jalan Papar-Kota Kinabalu, Putatan itu turut mengeluarkan lima sama atas pelbagai kesalahan terhadap pengguna jalan lain.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, sekatan jalan dilaksanakan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Penampang.

Katanya, hasil pemeriksaan, pasukan operasi berjaya menyita sebuah motosikal dibawah Seksyen 60 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menahan penunggang motosikal warga tempatan.
“Suspek ditahan atas kesalahan pengubahsuaian motosikal yang berlebihan hingga mengabaikan ciri-ciri keselamatan.
“Pasukan operasi turut mengeluarkan lima keping saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap enam motosikal,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sammy berkata, operasi diadakan bagi mengesan pesalah lalulintas dan menunjukkan kehadiran polis Omnipresence.
Katanya, ia dalam usaha mencegah jenayah di sekitar pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang khususnya.
“Selain itu, operasi ini juga bertujuan untuk mencegah dan mengambil tindakan terhadap penunggang motosikal yang terlibat dalam kegiatan samseng jalanan di daerah Penampang,” katanya.


















Comments