Madius turut bantu kempen PH di Melaka

13 November 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
MELAKA: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Madius Tangau meluangkan masa bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkempen sempena pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Melalui perkongsian video di facebooknya hari ini, beliau melawat perkampungan Portugis di Ujung Pasir Melaka.

Prosedur operasi standard (SOP) PRN Melaka kali ini menggariskan beberapa larangan, antaranya penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal, ziarah rumah ke rumah dan 'walkabout' adalah tidak dibenarkan.
Baru-baru ini Pakatan Harapan melancarkan manifesto, Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan bagi menghadapi PRN Melaka.
Pelan tindakan itu mengandungi tiga teras utama (Melaka Sejahtera, Melaka Makmur dan Melaka Stabil) dengan enam strategi dan 32 inisiatif.
Comments