Malaysia, China tekad perkukuh hubungan diplomatik, kerjasama keselamatan
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

26 Mac 2026
KUALA LUMPUR: Malaysia dan China tekad memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama keselamatan dalam mendepani cabaran masa hadapan agar kemakmuran sosial dan ekonomi yang dinikmati rakyat kedua-dua negara sentiasa terpelihara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri China, Chen Yixin yang melakukan lawatan ke Malaysia sebagai kunjungan rasmi pertamanya ke negara ini.
"Perbincangan kami juga terarah kepada perihal hubungan bilateral daripada sisi kerjasama keselamatan dua negara serta situasi geopolitik semasa dunia.
"Ini menuntut kerjasama erat dua negara sahabat dalam memastikan keselamatan serta kestabilan rantau ini terus utuh," katanya dalam hantaran di media sosial beliau hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kehadiran tokoh kepimpinan tinggi dari Kerajaan China sangat dihargai Kerajaan Madani, selari peranan Beijing sebagai rakan akrab kepada Kuala Lumpur.
Perdana Menteri turut berharap kemajuan yang dicapai bersama Malaysia dan China dalam pelbagai bidang akan terus menjadi pemacu kepada pengukuhan hubungan strategik antara kedua-dua negara.















Comments