top of page

Malaysia, Indonesia tingkat usaha diplomasi redakan konflik Asia Barat – Anwar

  • nabalunews
  • 13 hours ago
  • 1 min read

28 Mac 2026


KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia sepakat untuk mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan konflik di Asia Barat yang semakin meruncing.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesepakatan itu dicapai dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto, sempena lawatan khas beliau ke negara itu pada Jumaat.


“Pertemuan penuh makna bersama Presiden Prabowo Subianto membuka ruang konstruktif dalam mencari titik persamaan mendepani konflik Asia Barat yang kini menekan keselamatan tenaga serta kestabilan ekonomi dunia.


“Kami sepakat untuk mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan konflik, melindungi nyawa orang awam serta membuka ruang rundingan ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan,” katanya dalam satu kenyataan.


Anwar berkata, dalam ketidaktentuan global yang kian meruncing, Malaysia dan Indonesia menegaskan keperluan memperkukuh kesepaduan serantau yang berprinsip bagi memelihara keamanan, menjamin kestabilan dan memperkukuh daya tahan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.


Dalam pertemuan itu, beliau berkata kedua-dua pemimpin turut menekankan kepentingan memastikan kelangsungan rantaian bekalan global serta laluan perdagangan strategik, termasuk Selat Hormuz, tidak terjejas susulan konflik yang berlarutan.


“Pada masa sama, saya turut memaklumkan mengenai interaksi dengan rakan-rakan pimpinan antarabangsa sebagai usaha menyatakan solidariti, menyelaras pandangan serta meneliti dampak global, khususnya dalam aspek tenaga dan keselamatan serantau,” katanya.


Anwar menegaskan Malaysia kekal dengan pendirian tegas menolak keganasan, menjunjung undang-undang antarabangsa serta menggesa semua pihak kembali kepada jalan damai.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page